Wednesday, April 29, 2009

PERLUMBAAN KE TEMPAT KERJA


Seperti biasa..... Aku akan melalui MEX Highway untuk ketempat kerja ku... nuuun jauh di kota. Tiba-tiba ku ternampak kereta kecil warna merah.... Seperti yang pernah dihebahkan di blog ini.... http://www.sindrom3suku.blogspot.com/ pada 12 March 2009 bersamaan hari Khamis. Aku cuba merapati atau dalam kata lain mencucuk dengan lebih dekat.

Yee.... Memang tidak salah... Ini kereta musuh utama ku dalam perlumbaan F1 yang lalu. Aaahhhh.... aku tak akan memberinya ruang yang mudah untuk beliau sampai ke pejabat lebih awal dari ku... Aku akan pastikan aku yang terawal sampai dan biar "punch card" dia merah hari ini sama seperti "kaler" keretanya yang merah menyala itu. Hahahaha.....

Akhirnya aku berjaya meng"overtake" kereta dia. Padan dengan muka dan kereta dia. Hahahaha...... (Aku ketawa didalam hati). Sambil melihat dari cermin pandang belakang.

Sekali lagi aku melihat dari cermin sisi. Kereta merah itu masih lagi tertinggal di belakang kereta ku. Puas hati ku...... Kerana berada di posisi hadapan untuk seketika.

Aahhh..... Dia mula untuk meng"overtake" kereta ku kembali. Tak kan ku biarkan ini berlaku. Sebagai seorang bekas pemandu F1 terbaik dunia... Aku akan melakukan sesuatu. Aku cuba untuk menekan "button NOSE" untuk menambahkan lagi kelajuan keretaku. AAAhhhhh................ Sia-sia saja. Rupa-rupanya kereta ku ini masih standard keluar kilang... Apa yang ada hanya nose aku sahaja.

Akhirnya beliau berjaya meng"overtake" kembali aku & keretaku celah gigi sahaja dan terus memecut tanpa memandang belakang. Tak terkejar beb..... Cissss..

Dan terus memecut meninggalkan aku bersama kereta aku tanpa rasa kasihan.

Sehingga sampai di plaza tol...... Aku fikir aku boleh merampas kembali posisi utama dalam mengejar kejuaraan pada hari ini.

Tapi beliau terus mencilok

Dan mencilok

Terus mencilok

Cilok....cilok...... dan cilok...

Sehingga corner yang terakhir.

Ahhhhh.... Signboard apakah ini?????? Mempunyai tulisan RM 3.00 yang kurang menyenangkan poket ku setiap pagi.

Tak guna punya "Jockey Parking"...... Kau tak ubah seperti lanun darat. Terbang duit ku pagi ini 3 hengget. Miss sarapan pagi ni. Awas kau di kota.

Ohhh.. Beliau akhirnya sampai ke garisan penamat lebih awal 120.065 saat dari ku. Hanya beberapa saat yang memisahkan kedududukan pertama dan kedua.

Adakah ini aksi seorang juara? Yaa... untuk hari ini.

Aku hanya mendapat tempat yang kedua.

Berjaya........

Aksi seorang Juara dan Naib Juara. Itu semua tidak penting........ Dalam perlumbaan, mesti ada yang menang dan yang kalah. Apa yang penting...... Kerjasama........ Apa yang penting....... Kerjasama.......... (Seperti lagu Wonderpets).

Inilah kisah perlumbaan yang terbaik pernah dirakamkan. Jangan jadikan jalanraya tempat berlumba, Ingatlah orang yang tersayang.

Monday, April 27, 2009

Farhan ajak main kutu






i am at 23rd floor finally





untuk keterangan lanjut tanya syidi

Aku dan roti

hari ini agak sejuk bagi diriku, aduhai roti. kau temankan ku dalam perjalanan hari ini.terima kasih

muatkah aku jalan di celah celah pembahagi jalan yang diperuat dari bahan polimer molekul berkepadatan tinggi itu, somehow warnanya menarik. adakah aku akan gemok dan khuatir aku tidak akan dapat melalui celah pembahagi jalan yang diperbuat bahan polimer molekul berkepadatan tinggi itu. adakah encik roti ini akan membuatkan aku gemok? kalau white bread mungkin. sebab kandungan lemak tepunya

ah ha. satu gadis berseluar merah, warna merah amat membuatkan aku terasa lapar. roti ini cukup sangat ke untuk mengisi ruang ruang intestine aku? warna merah juga menunjukan dominasi, sebab itulah mengapa pemimpin dunia akan menggunakan tali leher bewarna merah.

"tahun depan pak haji harus bayar" teringat aku pada iklan perkhidmatan cekap satu zaman ketika aku masih memakai lampin

dia lagi. lapar lagi. membuatkan aku tak sabar untuk merasa roti ini. sabar ye encik roti

aku sedang melalui satu fasa pemikiran terhenti ketika ini. otak aku tidak berupaya merembeskan hormon hormon endorphin lantas lamunan ku berpanjangan

kotak TNB yang tidak semenggah ini hanya menunggu masa untuk menghempap kaki Passer-by. Nasib la, siapa yang kene jack pot.

ewah, kasi lintas sikit, walaupun 200meter dihadapan sudah ada prasarana lampu isyarat. aku tetap tidak suka menggunakan nya. semacam tiada rasa "thrill". sebab kita tahu semua kereta akan berhenti bila lampu bewarna merah. kalau kita lakukan seperti yang aku lakukan ini melintas sambil tidak menoleh kiri kanan, rasa adrenalin tu lagi tulen. seperti kita menunggu orang menyucuk pinggang kita.

sambil menghormati keadaan pegun. keadaan dimana momentum hampir kepada sifar. sebagai penghargaan kepada pokok dan bollard itu. "ah. encik roti masih ada bersamaku setia.

gaji bulan 4 baru masuk kelmarin. bila gaji bulan 5 nak masuk? rahsia encik roti

mamat ini tentu suka memberi dan meminta balik. sebab sikunya buruk. ahh tak rela i!

oho berapa lama lagi harus ku berjalan, encik roti sudah separuh masak menahan sinaran UV.

aku harus melindungi encik roti dari limpahan sinaran UV.

alamak ada jejaka yang kacak adakah aku mengenalinya? ahh teramat segan

hai!

ah! mereka ini lagi ganteng! dan berbadan ketul. bapanya mahukanya jadi seorang askar, bukan cita citanya bak lagu hujan.

destinasiku hari ini ditemankan encik roti. aku sungguh gembira

selamat pagi kawan! aku bersama encik roti!

encik roti memberikan inspirasi dalam hidupku pagi ini. kemana sahaja dan apasahaja aku lakukan, aku tidak akan melupakanmu encik roti.

jangan kau berani rampas encik roti dari ku. nyah!


terima kasih encik roti, demi untuk memastikan tiada yang berani rampas encik roti dari aku, aku terpaksa melakukan satu ritual dengan menyatukan encik roti bersama jasad ku. by product TAHI

itu lah kisah kehidupan encik roti selama aku melamarnya dalam masa kurang dari 1 jam. kini encik roti sudah sebati dalam hidupku dan semoga encik roti memahami erti kehidupan ini.