Wednesday, April 29, 2009

PERLUMBAAN KE TEMPAT KERJA


Seperti biasa..... Aku akan melalui MEX Highway untuk ketempat kerja ku... nuuun jauh di kota. Tiba-tiba ku ternampak kereta kecil warna merah.... Seperti yang pernah dihebahkan di blog ini.... http://www.sindrom3suku.blogspot.com/ pada 12 March 2009 bersamaan hari Khamis. Aku cuba merapati atau dalam kata lain mencucuk dengan lebih dekat.

Yee.... Memang tidak salah... Ini kereta musuh utama ku dalam perlumbaan F1 yang lalu. Aaahhhh.... aku tak akan memberinya ruang yang mudah untuk beliau sampai ke pejabat lebih awal dari ku... Aku akan pastikan aku yang terawal sampai dan biar "punch card" dia merah hari ini sama seperti "kaler" keretanya yang merah menyala itu. Hahahaha.....

Akhirnya aku berjaya meng"overtake" kereta dia. Padan dengan muka dan kereta dia. Hahahaha...... (Aku ketawa didalam hati). Sambil melihat dari cermin pandang belakang.

Sekali lagi aku melihat dari cermin sisi. Kereta merah itu masih lagi tertinggal di belakang kereta ku. Puas hati ku...... Kerana berada di posisi hadapan untuk seketika.

Aahhh..... Dia mula untuk meng"overtake" kereta ku kembali. Tak kan ku biarkan ini berlaku. Sebagai seorang bekas pemandu F1 terbaik dunia... Aku akan melakukan sesuatu. Aku cuba untuk menekan "button NOSE" untuk menambahkan lagi kelajuan keretaku. AAAhhhhh................ Sia-sia saja. Rupa-rupanya kereta ku ini masih standard keluar kilang... Apa yang ada hanya nose aku sahaja.

Akhirnya beliau berjaya meng"overtake" kembali aku & keretaku celah gigi sahaja dan terus memecut tanpa memandang belakang. Tak terkejar beb..... Cissss..

Dan terus memecut meninggalkan aku bersama kereta aku tanpa rasa kasihan.

Sehingga sampai di plaza tol...... Aku fikir aku boleh merampas kembali posisi utama dalam mengejar kejuaraan pada hari ini.

Tapi beliau terus mencilok

Dan mencilok

Terus mencilok

Cilok....cilok...... dan cilok...

Sehingga corner yang terakhir.

Ahhhhh.... Signboard apakah ini?????? Mempunyai tulisan RM 3.00 yang kurang menyenangkan poket ku setiap pagi.

Tak guna punya "Jockey Parking"...... Kau tak ubah seperti lanun darat. Terbang duit ku pagi ini 3 hengget. Miss sarapan pagi ni. Awas kau di kota.

Ohhh.. Beliau akhirnya sampai ke garisan penamat lebih awal 120.065 saat dari ku. Hanya beberapa saat yang memisahkan kedududukan pertama dan kedua.

Adakah ini aksi seorang juara? Yaa... untuk hari ini.

Aku hanya mendapat tempat yang kedua.

Berjaya........

Aksi seorang Juara dan Naib Juara. Itu semua tidak penting........ Dalam perlumbaan, mesti ada yang menang dan yang kalah. Apa yang penting...... Kerjasama........ Apa yang penting....... Kerjasama.......... (Seperti lagu Wonderpets).

Inilah kisah perlumbaan yang terbaik pernah dirakamkan. Jangan jadikan jalanraya tempat berlumba, Ingatlah orang yang tersayang.

1 comment: